Pengodeng

selamat datang


Sunday, January 30, 2011

Pak Belalang pon main Facebook

Perhh.. Lamanya rasa tak update blog. Dekat 5 hari kot. Rasa macam 5 bulan jerk. Erm.. Tak ada da ke orang nak tag aku join contest? Haha..

          Tadi masa tengah usha google nak cari la gambar pelakon terhebat kita arwah Tan Sri P. Ramlee. Pelik, nak usha image P Ramlee tapi kuar gambar facebook dengan gambar lama hitam putih. Aku ye la ingat contest gambar hitam putih, baru nak join. Cett.. rupanya bukan.



 

Bukan 1 tapi 2 aku jumpa... Haha ..

Ada lagi. Tapi kali ni S. Shamsudin ngan Zaitun pulak..

Sapa la yang kreatif sangat wat benda nie erk? Jom kita try wat gak nak? jom3.. Haha ..

Wednesday, January 26, 2011

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool

Lagi contest yang aku join. PERASAN tentang contest ini semasa sedang berjalan-jalan ke blog kawan. PERASAN juga yang cik safiza telah mengetag aku untuk join contest ini. PERASAAN mengatakan join je. PERASAAN ini juga mengatakan aku boleh menang. PERASAN sungguh aku!

         Cukup sudah dengan pembuka bicara yang sungguh PERASAN. Kat bawah ni header yang cool untuk contest ni.


Sapa yang nak join boleh klik terus pada header atau gambar contest ni kat sidebar blog aku belah -----> So sebab malu telah terlebih PERASAN bila terlebih layan PERASAAN ni, aku pon pilih gambar ni.


Tengah luah perasaan kat pakcik tu. Kenapalah kawan-kawan kutuk cakap aku kuat PERASAN dalam entry ni! So aku nak tag kawan-kawan aku yang sama PERASAN macam aku jugak. Mangsanya adalah :


        So cepat lah join sebelum korang balik kampung atau pergi honeymoon mana mana masa cuti ni. Last leh anta 25/3/11 ni.

Tuesday, January 25, 2011

Adakah aku sorang je yang terkena??

Dalam sebulan dua tiga empat nie pernah tak korang follow melolo member korang ataupun sekadar nak balas ada orang follow blog korang? Kalau pernah masih macam biasa lagi ke cara korang nak follow melolo? Maksud aku page yang keluar bila tekan button follow, adakah masih lagi sama?
 
         Aku tak tau sama ada blog aku je kena or tak. Tapi sebab tue rasa macam nak balas je follow'an sapa-sapa jer. Huh ..



         Baru je jadi kejap tadi. Bila nak follow je benda macam kat bawah nie plak yang keluar.


Aku rasa macam nak pitam seumur hidup bila tengok tak da gambar. Maknanya nak kena letak balik gambar. Kalau tak ada gambar tak best la plak kan. So aku pon sebab tak jadi nak pitam cari la gambar nak letak. Bila da jumpa dia wat hal balik.


WTF!! Not a valid image file!! Terus aku pitam. Sekarang sambil pitam sambil menaip. Ala ala Monkey D Luffy yang pengsan sambil makan.

          Korang jadi tak benda yang sama macam aku jadi? Kalau jadi jom pitam ramai-ramai nak? Aku skang pitam kat bilik je. Esok lusa aku nak tempah hospital swasta nak pitam kat sana plak.

Monday, January 24, 2011

Bila Cinta

Selama ni aku hanya pernah dengar lagu ni jer. Lagu yang versi lelaki la best sebab dengar yang dak pompuan nyanyi macam kurang jer. Lagu ni ost kepada cerita Lagenda Budak Setan. Member sume perempuan cakap yang cerita ni best la, aku kena tengok la pe la.

        
         Dan tadi aku pon dengar lagu ni untuk kali ke 160 ribu. Tiba-tiba rasa nak tengok pe yang best sangat cerita novel yang dimoviekan ni. So, rumusan untuk cerita dah lapuk tapi baru pada aku adalah best la untuk genre cinta+jiwang. Nak layan-layan blues tengah pagi di kala bintang berkelipan memang masyuk la. Haha ..


Jadi kepada sapa-sapa yang dah tengok, tak tengok tapi nak tengok, aku senangkan kerja korang bagi link tuk download terus. Nanti pandai-pandai la gabungkan dengan Hj-Split.

Download Lagenda Budak Setan :

Selamat menonton dan selamat berjiwang - jiwangan ^^

Sunday, January 23, 2011

Awan Nano

          Awan nano. Lagu yang indah, mempunyai maksud yang mendalam dan boleh menginsafkan kot. Lagu nyanyian dak Hafiz AF.

         Kat bawah aku letak video clip sekali. Nice video clip. Rasa macam gaya, sudut pengambilan masa wat video nie pon rasa tepat sangat. Tambah-tambah memang vokal Hafiz ni pon meletup kalau tak macam mana boleh menang vokal terbaik kan.

         Kalau nak download amik la link ni. Senang aku da sediakan tuk korang yang sememangnya malas dan berharap aku letak terus kan? Tinggal tekan je.

                             Awan Nano : Untuk si pemalas sila tekan..=p


Lirik Awan Nano : 

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri


Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu


Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu



Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu


Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua


Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Lihat diriku ini
Yang sekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu


Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu


Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu


Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua


Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu


Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
 

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu



So da dengar + download, korang tau tak maksud nano? Nano setelah disesuaikan dengan perkataan awan dan juga lirik serta maksud lagu adalah tidak tentu arah, berserabut. So.. da paham maksud lagu ni tak??

          Opsss... Kawan aku nuar cakap Hafiz ni pandai berlakon dan merayu supaya ada sapa sapa amik Hafiz ni berlakon. Korang pon rasa macam tue ke?

Saturday, January 22, 2011

Di PUAKA kan Azwan Ali

Kelakar pulak dengan kes baru ni. Macam-macam sebenarnya jadi kat Malaysia ni erk? Kali kita bersama Azwan Ali dan Ummi Hafilda.

        Ok. Aku memang tak tahu sangat tentang Ummi Hafilda so aku pon mintak bantuan en google. Dan baru ku tahu yang mereka ini sebenarnya adik beradik. Mungkin kali ni entry lebih kepada politik tapi aku bukan nak cerita tentang tu. Sebab blog aku bukan blog politik. Hak korang nak sokong apa dan hak aku nak sokong sapa. Cuma bukan di ceritakan di sini.

        Yang aku tahu daripada pencarian aku, Ummi Hafilda banyak diceritakan en google sebagai seorang yang mempunyai scandal dengan ramai menteri dan orang atasan. Dan lagi, beliau dengan Azwan Ali adalah adik beradik.

        Cerita bermula apabila Ummi Hafilda nak saman RM 700 juta kepada Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Wan Azizah, Karpal dan PAS. Aku difahamkan kerana Saiful Bukhari dilihat seakan tidak mampu menjatuhkan Anwar Ibrahim. Siapa tak kenal Saiful Bukhari mintak bantuan en google k. Sebab Ummi Hafilda nak saman diorang banyak tu aku tak tahu, tapi yang aku tahu ialah situasi yang terjadi apabila Azwan Ali dapat tahu perkara ni.



Ya. Ummi Hafilda telah di PUAKA kan Azwan Ali. Kelakar lak bila aku baca. Sesungguhnya mereka beradik dan lebih mengenali antara satu sama lain. Dan aku rasa Ummi Hafilda mesti menanggung malu kerana di PUAKA kan Azwan Ali.
        Apapun yang lain pembaca semua harap amik iktibar. Jangan main-main dengan adik beradik ^^. Peace No War =)







Friday, January 21, 2011

Pernah tengok beruk gelak sampai tergolek?

Buruk ke lawa yerk kalau beruk gelak sampai golek golek? Selalu kalau orang macam aku gelak golek golek mesti sebab benda tu kelakar + tak segan da ngan orang keliling. Abis beruk ni pe cer?

        Cuba korang layan video beruk ni. Tapi jangan korang gelak golek golek kalau tengok video ni ketawa besar golek golek. Cakap golek golek lapar teringat ayam golek. Zzzz .. Ok tak da kaitan. Layan je la..


Opss.. lupa nak bagitahu ni 18sx. Ala, korang da tengok ke? Ok la kalau da tengok tapi jangan bagitahu mak bapak. Huhu .. Kang blog aku jadi rujukan orang nak tengok benda tak senonoh lagi plak. Huhu ..

        Sapa nak belanja aku ayam golek? Lalalala~~

Thursday, January 20, 2011

Blog aku blog ramas dada?

Ha. Laki pompuan sama jerk, asal tulis entry ramas dada laju jer nak masuk, nak baca. Apa korang ingat aku nak ajar korang ke? Cari ilmu tue kat tempat lain k. Haha

          Macam gampang. Bukak traffic sources pastu last yang aku nampak ada gak orang masuk blog aku sebab search keyword gampang. Nah tengok ....


Siot jerk. Pasni aku kena wat entry yang baik baik la. Haha. Baru orang masuk pasni dengan keyword alim ataupun dengan keyword yang boleh dikatakan berpelajaran sikit.

        Ni tak, masuk sebab nak cari cara RAMAS DADA la tue. =_+"

Pemain sepak bola Malaysia Di UKM

Rabu lebih kurang pukul 12.30 tengah hari kot, empat pemain Malaysia yang terlibat dengan kemengan piala AFF Suzuki akhir tahun lepas datang ke UKM anjuran UKM FC.

         Kedatangan diorang ni memang ditunggu sangat oleh budak-budak UKM terutama pompuan la. Maklumlah, hero sementara datangkan. Susah dapat peluang macam ni. Aku sebenar tak tahu pon diorang datang, kebetulan nak pergi cafe makan ternampak banner pasal diorang. So, alang ada kat sana aku tunggu la kejap.

        Atas permintaan kawan aku, aku guna tpon aku yang hampir arwah mati sebab habis bateri nak tangkap gambar hero Malaysia ni. So sempat la aku snap beberapa keping gambar setelah menyelit antara ratusan ribu pelajar yang menanti.

        

       




Gambar seerusnya pulak gambar bebudak yang tunggu beratur panjang-panjang. Sanggup plak tu nak bayar RM 2 untuk amik gambar. Aku macam besela. Jimat jadi malas kuar duit. Snap je macam tu, dapat gak gambar kan.

         Nak kata kedekut pon bukan, lagi la diorang dapat 100k dolar. Cincai kira sorang dapatlah 2.5k dolar jadi kenapa still nak bayaran RM 2 kan? Mungkin lah yang mintak tue UKM FC, tapi ntah la aku pon tak tahu. Ikut dan je otak ni nak pk pe pon. Korang pon sama kan, mesti yang ada pk macam aku. Huhu ..







Sebenarnya malas tulis entry pasal ni. Tapi sebab member nak gambar ni kan, so aku tuliskan la jugak untuk diorang. Sori tau boring entry ni..=_="

Isu azan : Peguam cina minta maaf

Straight to the point, peguam cina yang pernah membuat aduan tentang azan subuh yang mengganggu tidurnya kini telah minta maaf beberapa hari yang lepas.


Peguam tu minta maaf atas kesalahan dia yang menimbulkan kemarahan umat islam yang mendesak azan diperlahankan bagi tidak mengganggu tidurnya.

         Dalam sidang akhbar yang dibuat, peguam tu cakap yang dia tidak tahu membezakan antara ceramah subuh dan juga azan. Jadi selama ni maksud dia yang dia menganggap azan tu adalah kuliah subuh. 

         So disini mereka (pihak terlibat) dan aku sendiri menyeru ya, supaya anda anda semua memaafkan peguam terbabit. Janganlah diungkit lagi kontroversi ni ataupun memperbesarkannya lagi. Dan diucapkan tahniah kepada semua blogger, pihak media atau sesiapa je yang terlibat dalam memprotes isu ini.

        Kalaulah tak ada protes dari segenap sudut rasanya lagi lambat la benda ni nak selesaikan. So dengan ini sebagai ucapan tahniah, aku nak belanja korang yang bersusah payah menyebarkan atau baca pon bolehlah terima. 

        Eh cop. aku student + sengkek + makan pon tak cukup. Pe kata korang je belanja aku. Huhu ..

Wednesday, January 19, 2011

Jeritan Kurafat

mr google

 
Da tengok tak cerita kurafat? Ada cakap best dan tak kurang cakap tak best. Kebanyakan yang cakap macam tu sebab memang boikot filem Syamsul Tusof ni. So aku nak bagi korang tengak aksi mereka yang dirakam ketika menonton cerita ni. Korang nilaikan sendiri. Aku tengok malam ni. Boleh? Huhu..



Tuesday, January 18, 2011

Episod akhir Doraemon

Cik anis mengatakan yang blog aku sungguh ilmiah. Haha. Gelak sorang sorang aku. Sekarang aku nak jadikan blog ni blog budak budak walaupon aku dah remaja.


Sapa kat Malaysia ni tak tahu lagi siri popular Doraemon ni sila tegakkan bulu ketiak anda. Kalau tak tegakkan maknanya korang semua tahu la kan. Rancangan ni popular masa aku sekolah rendah, erkkk tadika maybe, tak pon aku tak sekolah lagi. Huhu ..

        Tak kira la korang dah tau ke belum aku tetap nak perkenalkan watak-watak utama dalam cerita ni. Watak yang mempunyai peranan sendiri untuk menghidupkan perjalanan cerita ni tak kira la dalam siri atau pon movie. So antara wataknya,


1 -- > Doraemon : Mestilah Doraemon sendiri. Seekor kucing robot berwarna biru yang dihantar dari abad ke 22 oleh keturunan Nobita sendiri iaitu Sewashi. Motif dihantar ke Nobita adalah untuk menjaga Nobita yang sering menghadapi masalah. berketinggian 129.3cm dan berat badannya 129.3kg, ~berat sebab robot~ Doraemon kehilangan telinganya semasa di abad 22 lagi kerana dimakan tikus robot. Disebabkan tu jugaklah Doraemon takutkan tikus hingga sekarang. Amat sukakan kuih Dorayaki. Doraemon juga mempunyai suatu poket 4-dimensi, di mana Doraemon selalu mengeluarkan pelbagai peralatan masa depan untuk membantu Nobita.

 

2 -- > Nobi Nobita : Mana ada Nobita mesti ada Doraemon dan begitulah sebaliknya. Digambarkan sebagai satu watak yang penuh kelemahan @ kekurangan. Malas, bengap, penakut, tak pandai bersukan dan sering mendapat markah 0 antara kelemahan Nobita. Akan tetapi Nobita amat mahir menembak dan bermain bunga tali. Nobita ni juga seorang yang suka menegakkan kebenaran dan sanggup mengorbankan nyawanya untuk keselamatan kawan-kawan. Selalunya keadaan ni boleh jumpa dalam movie Doraemon.  Selalu minta pertolongan Doraemon atas kesusahan yang dihadapi walaupon kesusahan datang daripada dia sendiri. Nobita biasa dilihat memakai cermin mata, kemeja polo berwarna merah atau kuning berkolar putih dan seluar putih atau biru.

 

3 -- > Sizuka Minamoto : Rakan sebaya dan sekelas Nobita. Cantik, pandai serta mahir memainkan alat muzik. Disukai oleh Nobita sebab Nobita tahu Sizuka merupakan isterinya di masa hadapan. Sizuka jugalah yang sering backup Nobita jika terlihat Nobita dibuli Giant dan juga Suneo.

4 -- > Takeshi Goda @ Giant : Kuat makan serta kuat buli rakan sekelas. Giant juga merupakan rakan sekelas Nobita. Sering membuli Nobita kerana sifat penakut Nobita sendiri. Giant juga suka menyanyi dan perkara tu jugalah yang ditakuti rakan-rakan sebaya kerana nyanyian Giant disifatkan mampu membunuh pendengar. Haha .. Tapi Giant juga takutkan seseorang iaitu emaknya sendiri.


5 -- > Suneo Hanekawa : Agak pandai, bermulut celupar dan lahir dalam kemewahan. Sering menunjuk-nunjuk mainan baru dia yang mahal. Dilihat selalu bersama Giant. Suneo juga pakar dalam mengampu Giant semata-mata elak dari dibuli Giant.

Da abis. Oppss.. Silap tak habis lagi. Sebab benda kat atas macam tak related dengan tajuk kat atas. Sebenarnya aku terjumpa satu video mengenai siri terakhir Doraemon.

        Aku tak tahu la korang da tahu ke belum cerita terakhir siri Doraemon ni. So aku nak kongsi jugak walaupun korang rasa tak nak kongsi. pe aku mengarut nie So korang layang la episod akhir Doraemon ni. Selamat menonton ^^



Monday, January 17, 2011

Lagi isu azan : Imam atau Menteri yang menipu?

Cerita ini berkaitan atau sambungan dari isu azan yang kecoh diperkatakan beberapa minggu yang lalu. Dalam isu tersebut, terdapat peguam cina yang menghantar surat aduan kepada PM yang mendakwa azan di waktu subuh mengganggu tidurnya. Dalam kes tersebut peguam tersebut telah menang dan pihak masjid terpaksa memperlahankan suara azan atas arahan pihak atasan serta JAWI. Perkara ini boleh rujuk pada artikel isu azan tadi.

         Menurut imam masjid tersebut Mahadi Abdullah, pihak masjid telah memperlahankan azan pada setiap waktu malahan terpaksa menggunakan HANYA pembesar suara di DALAM masjid sahaja pada setiap kali khutbah jumaat. ~ Atas kebenaran dan jasa baik brother Rejam aka Milo Suam aku telah mengambil beberapa artikel daripada blog beliau~

Artikel kenyataan pihak masjid
  
Berbalik kepada motif asal entry ini, isu baru yang timbul adalah terdapat satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan bahawa tiada arahan dikeluarkan supaya pihak pengurusan masjid terbabit memperlahankan suara azan. Pelik bukan? Imam masjid terbabit mengatakan arahan dari pihak atasan dan JAWI supaya pengurusan masjid memperlahankan suara akan tetapi sebelah pihak lagi mengatakan tidak ada arahan dikeluarkan. Bagaimana boleh ada pencanggahan kenyataan dari kedua belah pihak?


Artikel kenyataan pihak atasan


Persoalan yang timbul sekarang adalah bagaimana pihak masjid mengatakan arahan dikeluarkan supaya azan diperlahankan dan bagaimana pula pihak atasan menyatakan tiada arahan pula dikeluarkan?

         Jadi siapa yang betul dan siapa yang salah? Seorang ahli politik atau seorang imam yang sering ulang alik ke masjid untuk mengimamkan ramai umat islam? 

        Terdapat segelintir yang mengatakan tidak boleh dibandingkan begitu. Kata mereka imam juga seorang manusia. Sedangkan bapa boleh merogol anak, pak aji boleh pergi kelab malam dan sebagainya. Ya, ianya memang betul akan tetapi aku berpegang kepada hadis nabi. Kerana bukankah hanya al - quran dan hadis nabi sebagai pegangan kita supaya tidak tersesaat dan dijadikan rujukan? 

“Apabila kamu melihat seseorang pergi dan pulang dari masjid, saksikanlah bahawa dia adalah beriman”
(Hadith Riwayat At Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Jadi tidak salah jika aku melihat imam tersebut seorang yang beriman dan akan menegakkan kebenaran sebetulnya. InsyaAllah.

        Maka dalam isu atau kes ini, terdapat salah seorang yang sememangnya menipu dan penipu. Apa pendapat korang semua? Silalah memberi pendapat di ruangan komen ^^

Sunday, January 16, 2011

Antivirus anda ok ke ko?

Satu masa dulu aku pelik dengan member - member coursemate aku, aku sangka diorang nie gila@sewel@tak betul atau pe3 je lah yang sewaktu dengannya. Ada ke diorang cakap lappy aka laptop diorang manja la. Katanya sebab perempuan. Ada cakap lelaki. Aku malas layan kesewelan diorang masa tue wat wat tak tahu je la.

       Dan sampai seru aku pon terbaca satu blog tentang melihat jantina lappy anda. Test punya test sah lappy aku betina. Haha, sampai sekarang aku tak bagitahu sesapa dan memang tak nak sapa sapa tau.

Opsss... Terkantoi sudah... zzzzzz ....

       Ok la. Balik pada tajuk asal setelah menyimpang jauh, macam mana nak tau antivirus lappy anda ok ke ko. Try la petua aku nie. Aku da try dan ternyataantivirus aku terbaik. Haha. Cara-caranya seperti berikut :

1)  Bukak Notepad
2)  Copy ayat nie ----> X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H* ke notepad korang tadi.
3) Save sebagai virus.com
4) Selesai dah. Ada 3 je cara sebenarnya. Huhu.. Kalau antivirus korang berfungsi dengan baik dia akan trace terus macam aku punya nie.




Kalau lah tak trace alamatnya korang baik kuarkan duit tukar antivirus baru da. Selamat mencuba ya!!

Saturday, January 15, 2011

Islam kalah hak melaungkan azan?

Kecewa, sedih dan apa sajalah yang sinonim dengan perkataan tadi. Kelemahan dan kurang ketegasan dari pihak JAWI serta orang atasan dalam mempertahankan hak orang islam ke atas azan sendiri pon gagal. Ya, gagal hanya kepada seorang peguam berbangsa cina yang mengatakan azan itu sering menganggu tidurnya ketika waktu subuh sekitar 5.45am.


 Di atas adalah sedikit mengenai aduan yang telah diajukan terus kepada PM kita. Peguam itu mengatakan azan tiba-tiba menjadi sangat lantang sehingga membolehkan beliau dikejutkan dari tidur. Apa salahnya, mudah bukan? Tak payah beli jam lonceng. Tak payah suruh bini kejut. 

          Kenapa diajukan terus kepada PM? Aku rasa jawapannya senang. Pada pandangan aku, peguam berkenaan pon boleh nampak apa yang berlaku ke atas program Islamic Fashion Show yang dianjurkan sendiri oleh isteri PM dan aku juga nampak PM kita serta isterinya yang beragama ISLAM berada di situ melihat fashion islam yang mendedahkan aurat, nampak dada serta mempunyai kalimah nama nabi kita Muhammad s.a.w. Jadi aku rasa yang peguam tak diiktiraf pada aku menggunakan peluang tersebut untuk mengambil hak orang islam di kg tersebut.


          Boleh lihat sendiri di mana letaknya nama nabi yang kita sanjungi, nama yang kebanyakkan umat islam letakkan untuk anaknya bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia. Berbalik kepada cerita asal, peguam cina itu menghantar aduan kepada PM supaya memperlahankan pembesar suara ketika melaungkan azan. Sedangkan azan itu hak orang islam. Dari zaman nabi kita lagi azan itu dilaungkan sememangnya untuk mengejutkan serta memanggil umatnya ke masjid atau bangun untuk menunaikan solat sendiri. Jadi bagaimana dengan penduduk islam yang tinggal berhampirannya? Tidak perlukah mendengar azan?

        

          Inilah aduan yang diberikan kepada PM. Peguam berkenaan mengatakan haknya diganggu. Bermakna islam mencuri haknya untuk tidur dengan tenang, atau lebih tepat mengatakan agama islam ini menyusahkan mereka yang beragama lain begitulah. Azan adalah rutin atau aktiviti biasa untuk mereka yang beragama islam. Adakah aktiviti oleh agama mereka tidak pernah mengganggu penduduk setempat? Jawapan aku ada tapi pernahkah penduduk islam bising?

        Nampaknya aduan ini pon seakan disokong beberapa mereka yang beragama islam mungkin. Aku pon tak tahu. Ada satu website yang memang selalu aku kunjungi, yang memang ramai pengikut telah mengatakan BERSETUJU perkara ini dititikberatkan demi menghormati agama lain serta menjaga keharmonian dan keamanan negara kita yang berbilang kaum dan agama. Tapi adakah peguam cina itu hormat pada agama islam? Beliau seorang peguam mesti harus tahu yang azan salah satu ibadat dalam islam.

        Bukan itu sahaja, komen yang dikeluarkan sendiri pengikut website tersebut mengatakan azan itu menganggu anak kecil yang sedang tidur. Macam mana dia boleh berfikir begitu? Sedangkan kajian telah dilakukan bahawa azan mampu untuk mengembangkan bunga dengan cantik sekali apatah lagi pada budak kecil yang beragama islamkan? Ada lagi yang diperkatakan beliau. Boleh dilihat sendiri gambar yang aku dah print screen. Sori la, aku memang malas nak edit gambar.


Satu je aku setuju, dia ajak orang ke masjid waktu subuh tadi. Aku je yang tak pergi. Dalam bilik pon ok kot dari tak buatkan? Tapi jangan diserang ini orang sebab itu pendapat dia yang aku tak sokong. Jadi hanya ini je yang aku nampak. Yang lain aku tak pasti tapi aku pasti ramai lagi seperti mereka.

         Dan sekarang peguam cina berkenaan telah menang tuntutan hak tidurnya. Sekarang mungkin beliau dapat tidur dengan tenang bukan? Ini semua sekali lagi aku tegaskan, adalah atas kelemahan dan kurangnya ketegasan oleh pihak JAWI dan juga orang atasan. Boleh baca sendiri di malaysia kini yang sekarang azan telah diperlahankan oleh pihak masjid kg berkenaan.

Maaf kalau entry kali ni membuat non muslim marah kat aku. Tapi entry ni hanya meluahkan perasaan seorang yang beragama islam yang dinafikan haknya. Walaupun aku bukan dari kg tersebut. Dan ya, aku emo mengenai perkara nie. Boleh?  Maaf sekali lagi sebab aku bukan layak nak menulis perkara ini. Ditegaskan sekali lagi, hanya meluahkan isi hati yang emo.

Entry ini ditulis hanya untuk mengutuk mereka yang berfikiran seperti peguam tadi. Samaada bukan islam ataupun islam sendiri. Yang ok dan tidak berfikiran seperti begitu tak perlulah terasa hati dengan aku k. So, apa pendapat rakan rakan blogger aku sendiri dan juga pembaca setia blog aku nie? Boleh kongsikan sama - sama. Di sini aku pon  nak share pada korang video yang aku jumpa tak pasti dari mana lupa plak. Video mengenai protes dari penduduk islam sekitar kg terbabit.