Pengodeng

selamat datang


Monday, February 21, 2011

Cuti weekend yang sangat best

Pagi-pagi sabtu aku pergi mandi kat air terjun gabai. Tapi tak ada la rasa teruja sangat macam pompuan nampak pakistan jual karpet. Haha .. Sebab ni kali ke dua aku pergi. Team Takut Air ni disertai oleh 4 jejaka (aku, faiz junior, apeng dan syafiq) beserta 8 gadis (kama, ecah, shahada, 2 orang kawan shahada yang misteri, siti bersama adiknya dan juga farrahin).

jgn jd mcm nie sudah
         Dah boring mandi, sebab 3 orang je yang betul3 mandi. Lain sume penakut. Cakap takut lemas kat air paras lutut serta risau dengan takat didih air kat gabai tue. So, dipendekkan cerita aku balik ke rumah en syafiq untuk tidur dan bangun pukul 3.30 pagi esoknya dengan semangat ala-ala red indian nak tangkap anak kucing daki bukit broga. Bab nie yang aku rasa teruja dan berahi. Sebab 1st time kot nak pergi. Padahal duk bangi da 3 tahun. 


         Kenapa kuar gambar ni bila aku mintak tolong en google? Tak kisah la, yang penting team Sunlite Broga ni disertai 3 jejaka (aku, syafiq fan faiz) dan 5 gadis (ecah, safiza, niza, siti dan farrahin). Tinggi tak tinggi bukit tue sampai ada yang muntah masa daki. Aku tak pasti pulak sapa yang muntah tue, tapi yang aku pasti memang bukan ecah. Hua3 .. Yang tak syioknya bila xda DSLR ikut kami .. Haha .. Ada terasa ke? So tak da la banyak gambar dapat amik. Banyak guna handset samsung murahan aku yang bergadgetkan kamera 5 mega pixel je. So gambar tak lawa dan tak cantik dan tak best dan tak tak tak bla bla bla ...... 

 









Haa... Kat atas tu masa baru sampai kat broga. Macam-macam style yang diorang buat. Tu baru sampai. Korang agak sendiri la macam mana lepas tu. Tapi gambar tak berapa nak cantik, sebab aku amik. Tapi tak nak salahkan diri sendiri. Nak salahkan DSLR jugak. (berani nak salahkan dia sebab dengar citer dia baru wat blog baru jadi tak ada lagi link ke blog aku). Hua3 ..


  

Alahai.. Penat sangat daki sampai tertido. Tapi aku lagi hebat. Tido dalam keadaan berdiri. Takda ruang nak duduk katakan. Huhu
Kembar siam yang terjumpa kat broga
Hantu broga ~~lalala~~

 



Ni pon salah satu sebab nak salahkan DSLR tak ikut. Kalau tak jadi da gambar aku amik ni. Haha .. Sebab dia tak ikut gambar aku tak jadi. Kejap tak nampak kepala kejap tak nampak kaki. Last giveup. padahal salah sendiri tak reti timing masa



kawan baru syafiq

 

 

 

 

 

kapel of the day
Ayang turun tue elok-elok yee
Kepada sesapa jangan terasa jangan nak marah-marah ye. Kang kena jual. Sekarang ni berniaga orang lagi untung dari niaga telur itik tau tak. Haha .. Sebagai penutup nak bagi korang tengok video aku, syafiq, siti dan safiza main sliding kat brogo. Ingat sunway lagoon je ke ada? Video ni pon masih menggunakan handset murahan samsung aku. Kes tak ada DSLR la ni. Haha ..

 

Sunday, February 20, 2011

PenAt !!

Pagi semalam keluar dalam kol 8 untuk menuju ke sungai gabai. Eh ke air terjun gabai? Mana satu ntah la. Penat dengan naik bukitnya yang memang la dan sangatla curam. Huh. Sampai ada member pompuan yang muntah kot.


          Opss.. lupa nak bagitahu. Nama team yang pergi mandi kat gabai ialai team takut air. Sebab pergi lebih kurang 12 orang kot tapi yang betul - betul mandi 3 orang jer.. ZzzZZ.. Seterusnya lepak rumah member aku kat semenyih untuk merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan ke The Mines untuk date yang seterusnya. Pulang ke rumah member aku lebih kurang kol 10 malam. 

        Tido 4jam jer. Kol 4 kami dengan team sunlite / sunlight telah ke bukit / gunung broga untuk menawan puncak tertinggi yea yea .. Dan sekarang baru sampai bilik untuk tido.

        Entry yang kegampangan ini ditulis khas untuk memberi ruang untuk aku tido. ( tulis dengan keadaan tersengguk-sengguk depan laptop) Nanti je r update dengan berahi beserta gambar. Tata. Mahu zzZZzz..

 


Friday, February 4, 2011

InsyaALLAH

Boring tul. Si dia kat sebelah syok je tido. Aku terpaksa bersengkang mata nak jaga barang. Ciankan kat aku. Haa?? Macam mana si dia boleh tido kat sebelah aku?? Barang apa aku jaga?? Mungkinkah aku dibilik si dia?? atau si dia dibilik aku?? Haha ..

        Jangan pk bukan-bukan. Nanti kang dosa je korang sebab kutuk aku macam macam. Sebenarnya sekarang ni aku ada kat LCCT. Esok si dia nak balik semula sabah nak sambung balik belajar. Habis da cuti seminggu raya cina erk. Sob3.

        InsyaALLAH. Syok betul layan lagu ni lagi-lagi tengah boring macam ni. Layan lagu + makan 6 biji Dunkin' Donuts yang aku dapat hasil menge'pau' si dia. Sedap. wuhahaha.. Dah dengar tak lagu Maher Zain versi bahasa melayu? Dah lama lagu ni tapi baru nak kasi tau. Sayang Maher Zain ni kat orang Malaysia ni. Sanggup wat dalam bahasa melayu nyanyi balik. So yang mana tak layan lagi silalah layan. Aku bagi video tuk korang layan k.


Sini plak link nak download lagu InsyaALLAH versi melayu. Macam biasalah ...

Tekan ---> untuk si pemalas

Nak lirik jugak? Ok aku bagi lirik insyaALLAH dalam versi melayu punya. Tapi tak tahu betul ke tak, penat aku tulis satu-satu sambil dengar. Huhu .. Tengah boring katakan.

Andainya
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana ALLAH bersamamu

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

Andainya
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelungu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa
Kerana ALLAH bersamamu

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

Kembalilah
Kepada yang esa
Yakin padanya panjatkanlah doa
Huuu ya ALLAH
Hindarkanlah ku dari tersasar

Tunjukkan daku
Kejalan yang benar (3x)

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

So.. selamat melayan. Huhu ..