Pengodeng

selamat datang


Monday, February 21, 2011

Cuti weekend yang sangat best

Pagi-pagi sabtu aku pergi mandi kat air terjun gabai. Tapi tak ada la rasa teruja sangat macam pompuan nampak pakistan jual karpet. Haha .. Sebab ni kali ke dua aku pergi. Team Takut Air ni disertai oleh 4 jejaka (aku, faiz junior, apeng dan syafiq) beserta 8 gadis (kama, ecah, shahada, 2 orang kawan shahada yang misteri, siti bersama adiknya dan juga farrahin).

jgn jd mcm nie sudah
         Dah boring mandi, sebab 3 orang je yang betul3 mandi. Lain sume penakut. Cakap takut lemas kat air paras lutut serta risau dengan takat didih air kat gabai tue. So, dipendekkan cerita aku balik ke rumah en syafiq untuk tidur dan bangun pukul 3.30 pagi esoknya dengan semangat ala-ala red indian nak tangkap anak kucing daki bukit broga. Bab nie yang aku rasa teruja dan berahi. Sebab 1st time kot nak pergi. Padahal duk bangi da 3 tahun. 


         Kenapa kuar gambar ni bila aku mintak tolong en google? Tak kisah la, yang penting team Sunlite Broga ni disertai 3 jejaka (aku, syafiq fan faiz) dan 5 gadis (ecah, safiza, niza, siti dan farrahin). Tinggi tak tinggi bukit tue sampai ada yang muntah masa daki. Aku tak pasti pulak sapa yang muntah tue, tapi yang aku pasti memang bukan ecah. Hua3 .. Yang tak syioknya bila xda DSLR ikut kami .. Haha .. Ada terasa ke? So tak da la banyak gambar dapat amik. Banyak guna handset samsung murahan aku yang bergadgetkan kamera 5 mega pixel je. So gambar tak lawa dan tak cantik dan tak best dan tak tak tak bla bla bla ...... 

 









Haa... Kat atas tu masa baru sampai kat broga. Macam-macam style yang diorang buat. Tu baru sampai. Korang agak sendiri la macam mana lepas tu. Tapi gambar tak berapa nak cantik, sebab aku amik. Tapi tak nak salahkan diri sendiri. Nak salahkan DSLR jugak. (berani nak salahkan dia sebab dengar citer dia baru wat blog baru jadi tak ada lagi link ke blog aku). Hua3 ..


  

Alahai.. Penat sangat daki sampai tertido. Tapi aku lagi hebat. Tido dalam keadaan berdiri. Takda ruang nak duduk katakan. Huhu
Kembar siam yang terjumpa kat broga
Hantu broga ~~lalala~~

 



Ni pon salah satu sebab nak salahkan DSLR tak ikut. Kalau tak jadi da gambar aku amik ni. Haha .. Sebab dia tak ikut gambar aku tak jadi. Kejap tak nampak kepala kejap tak nampak kaki. Last giveup. padahal salah sendiri tak reti timing masa



kawan baru syafiq

 

 

 

 

 

kapel of the day
Ayang turun tue elok-elok yee
Kepada sesapa jangan terasa jangan nak marah-marah ye. Kang kena jual. Sekarang ni berniaga orang lagi untung dari niaga telur itik tau tak. Haha .. Sebagai penutup nak bagi korang tengok video aku, syafiq, siti dan safiza main sliding kat brogo. Ingat sunway lagoon je ke ada? Video ni pon masih menggunakan handset murahan samsung aku. Kes tak ada DSLR la ni. Haha ..

video
 

2 comments:

serautkasih said...

oi iwan....ayat kt gmbr bwh skali 2 xleh bla...hahahahahahaha fitnah2..

MrZuRied said...

haha..ayat last tue aku xtau r aku dgr dari faiz ke dari ko..haha