Pengodeng

selamat datang


Friday, February 4, 2011

InsyaALLAH

Boring tul. Si dia kat sebelah syok je tido. Aku terpaksa bersengkang mata nak jaga barang. Ciankan kat aku. Haa?? Macam mana si dia boleh tido kat sebelah aku?? Barang apa aku jaga?? Mungkinkah aku dibilik si dia?? atau si dia dibilik aku?? Haha ..

        Jangan pk bukan-bukan. Nanti kang dosa je korang sebab kutuk aku macam macam. Sebenarnya sekarang ni aku ada kat LCCT. Esok si dia nak balik semula sabah nak sambung balik belajar. Habis da cuti seminggu raya cina erk. Sob3.

        InsyaALLAH. Syok betul layan lagu ni lagi-lagi tengah boring macam ni. Layan lagu + makan 6 biji Dunkin' Donuts yang aku dapat hasil menge'pau' si dia. Sedap. wuhahaha.. Dah dengar tak lagu Maher Zain versi bahasa melayu? Dah lama lagu ni tapi baru nak kasi tau. Sayang Maher Zain ni kat orang Malaysia ni. Sanggup wat dalam bahasa melayu nyanyi balik. So yang mana tak layan lagi silalah layan. Aku bagi video tuk korang layan k.


Sini plak link nak download lagu InsyaALLAH versi melayu. Macam biasalah ...

Tekan ---> untuk si pemalas

Nak lirik jugak? Ok aku bagi lirik insyaALLAH dalam versi melayu punya. Tapi tak tahu betul ke tak, penat aku tulis satu-satu sambil dengar. Huhu .. Tengah boring katakan.

Andainya
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana ALLAH bersamamu

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

Andainya
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelungu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa
Kerana ALLAH bersamamu

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

Kembalilah
Kepada yang esa
Yakin padanya panjatkanlah doa
Huuu ya ALLAH
Hindarkanlah ku dari tersasar

Tunjukkan daku
Kejalan yang benar (3x)

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

InsyaALLAH (3x)
Ada jalannya

So.. selamat melayan. Huhu ..

3 comments:

Syg Sye said...

hahaa.. padan muka.. =p

nulhazwany abdul malik said...

waktu mula2 dengar lagu tu macam pelik sikit. ^^

serautkasih said...

best2...heheehe