Pengodeng

selamat datang


Wednesday, March 23, 2011

Suatu hari yang memalukan aku

ZzzZZZZzz.. sebelum dapat pembuka bicara ni, aku da write and erase, psát a mazat, लिखने और मिटा dan juga écrire et effacer. Kesemua benda tue membawa maksud TULIS dan PADAM. Tengok .. berapa banyak bahasa yang aku tau. Korang ada? Ngeh3.. So amacam dengan madah pengenalan yang aku dapat ni? Ok tak??

        Korang pernah tak melalui detik-detik, saat-saat dan juga waktu-waktu yang memalukan? Pasti korang terasa masa tu berputar sangat lambat. Macam mana kalau jam yang korang tengok tu banyak sangat nombor dan berbelit-belit? Lagi la korang hanginkan?

Hangin tak? Haha
        Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku pada korang, aku syorkan kalau pergi makan tu check dulu dompet korang. Bukan check dompet tu korang tinggal ke tak, tapi pastikan korang bawak duit yang mencukupi dan setanding dengan tempat korang pergi makan. Takkan bawak RM 10 nak pergi makan kat Popeye pulakkan? 

         Kes aku bermula apabila Orang Sebelah ajak aku makan Rasamas. Ye la kupon promosi Rasamas berlambak lagi. Jadi nak habiskan la kononnya. Dengan bangganya kitorang order macam-macam. Sampai nak suruh pekerja dia belikan kentang putar KFC dengan air beer A&E bawak bagi kitorang makan. Direct kena sound " Sini bukan kedai mamak dengan astro, macam-macam ada, kalau tak ada pon diorang cakap dah abis". Ngeh3...

Ada ke kedai makan macam ni? Nak satu...
           Abis je makan pergi kaunter nak bayar. Pada yang tak tahu Rasamas punya sistem eat 1st pay later (sebab tue order macam-macam.. tak tahu harga kena bayar). Datang kat kaunter elok pulak awek tu cakap RM39.20 .. Eh eh minah ni, mana dia tau kitorang nak bayar ntah. Kalau baru nak order tak ke malu dia. Dan aku rasa sebab tue la kot aku ditimpa musibah. Musibah yang akan aku kenang sampai bila-bila. Orang Sebelah keluarkan RM 20 dan aku keluarkan RM 15. 

Dammnnnn!!!!

          Tak cukup lagi RM 5. Aku seluk-seluk poket dan yesss... Jumpa 2 kupang. Shittt... Baru je nak lari cakap nak cucuk duit. Aku pusing je Orang Sebelah dah gerak dulu sampai depan pintu Rasamas dengan muka selamba cakap "aku g cucuk duit dulu.. ko borak la apa patut"  Dammnnn.. Nasib baik aku naik kereta ko. Kalau tak dah lama aku suh jalan kaki.


         10 minit bagai 10 dekad lamanya. Orang Sebelah tak sampai lagi. Aku dah letih ain nyorok-nyorok dengan awek kaunter tue. Telinga, muka, hidung semua dah berasap. Malu sehhh... Mesti dia cakap "muka hensem tapi tak da duit". Sebab lambat sangat Orang Sebelah yang cuba kenakan aku so aku pon buat-buat la check sekali lagi dompet. Mana tau tiba-tiba ada duitkan.

         Seperti yang diharapkan. Ntah bila aku ada duit pon aku tak tahu. Tersselit celah kad kredit yang berlambak (ok aku tipu) duit RM 150. Perghhh... Terbaik dari ladang. Malu kerana ada duit. Kan best kalau duit tu magnet. Cari besi yang ada letak dompet rapat-rapat. Kalau ada daya tarikan akibat caj +tive dan -tive maknanya ada duit la kan? Haha..

 

         Sekali lagi aku disound "pandai ye main nyorok-nyorok, patutlah main nyorok tadi saya tak jumpa rujuk perenggan atas. Nie mesti pandai sorok rahsia nie"

Eh minah ni, aku tak bayar kang baru ko tau. Kena potong gaji. Ada ke perli aku macam tue. Pas je bayar aku keluar dengan laju-laju dan nampak si Orang Sebelah baru nak datang kat aku? Oit..ko g cucuk duit ke cop duit? Hasilnya, aku suh dia jadi driver aku hantar sampai kat bilik. Ngeh3..

        Lepas ni tobat dah tak nak makan kat Rasamas Warta. Malu beb. Malu... Mana nak letak muka yang hensem ni. Ce citer..  
         


Saturday, March 19, 2011

Cara yang betul dengar arahan ISTERI

Selamat menunggu hujan teduh. Kenapa banyak-banyak benda nak tunggu hujan reduh? Mestilah sebab aku nak tunggu hari panas balik. ZzzzZZ .. Sebenarnya aku kesian dengan kawan aku. Dari semalam lagi teringin nak pergi Putrajaya nak naik belon panas katanya. Alihnya hari hujan. Da tak pasal-pasal batal. Ngeh3 ..  Padan muka dikau. Aku punya turn mungkin akan tiba mungkin juga tak.  Kerana nie la sebab sebenar Selamat Menunggu Hujan Teduh. Kerana pagi buta ahad aka malam nie aku nak pergi panjat bukit broga. Kalau tak berenti hujan alamatnya terpaksa la aku batalkan niat tue. Amboih, panjang benor pembuka bicara aku erk ..

        Ok la, aku cerita benda yang ada kaitan sebenar dengan tajuk post aku ni. Walaupon aku tak kahwin lagi dan kebanyakan kawan-kawan blogger aku pon tak kahwin lagi, tapi aku tetap mimpi yang aku ni sebenarnya dah berkahwin. Ala, macam korang tak pernah. Mimpi kahwin dengan 007 la, Orlando Bloom la .. Kan kan kan?? Tapi tu bagi perempuan la. Kalau laki normal macam aku ni sure la mimpi kahwin dengan Angelina Jolie, Anne Hathaway dan juga Sarah Raisuddin. Erk, ada ke? Haha ..

        

        Selalu sangat kalau kahwin ramai yang cakap perempuan akan jadi queen control. Takut laki kacau pompuan lain, kahwin lain dan macam-macam lagi la. Bak kata prof aku yang sekarang ni, kahwin dengan lowyer. Memang tak boleh lawan la. Kalau prof aku cakap lebih sikit si isteri mesti ajak masuk mahkamah. Haha. Macam mana nak lawan? Dan katanya lagi baik kawin dengan budak FPI ( fakulti pendidikan islam), kalau bini lebih-lebih je agak macam nak melawan macam singa betina tue, dengan pantas boleh ugut "syurga bawah tapak kaki suami.. ingat... ingat..." ngeh3 ... (tak henti-henti gelak)

          

        Selalunya apa kata dua yang bini bagi kat laki diorang? Macam aku pengalaman yang aku ada hanyalah menonton kat drama ataupun sinetron yang banyak sangat ditayangkan kat malaysia ni. Antaranya macam :-
       
  • " abang nak bawak saya makan kat Mc* atau K*C or saya tak nak masak 3 hari ni".  
  • " raya nie raya kat rumah mak saya dulu ok atau awak raya sorang-sorang. Anak saya bawak" (walaupun raya lepas macam tu jugak dan rumah mak dia pon sebenarnya sebelah rumah dia je)
        Tapi apa yang lelaki patut buat jika diberi kata dua macam tue? aku rasa kartun kat bawah nie ada jawapannya. Bagaimana nak jadi lelaki yang sejati, tak ada istilah queen control dalam rumahtangga dan dalam masa yang sama menjadi lelaki yang dengar arahan ISTERI korang. Layannnnn ......
 
Amacam? Paham tak.. Ngeh3...

**masa siap tulis hujan pon berenti..yayyyyyy

Tuesday, March 15, 2011

World Invasion : Battle Los Angeles | my review

Filem tayangan perdana ke 2 yang pernah aku tengok. 1st filem faster yang The Rock act tue. Boleh rujuk balik post tersebut ok. Apa-apa pon thanx kepada Mangga Ads kerana bagi aku tiket pra tonton tue erk. Kepada shafiq, yonN dan encik taufik.. silalah beralih ke Mangga Ads untuk banyak lagi filem. Ngeh3. patut Mangga Ads bagi aku point lebih nie.

         14/3/2011 tarikh keramat tayangan tersebut. Jadi kawan lain jangan jeles sangat la sebab korang paling awal pon tengok tayangan pertama 17/3/2011 nanti. Tu pon kalau la kan. Ngeh3 ..



          Pada yang tak tahu, tiket tayangan perdana pihak Mangga Ads macam tue la bentuknya. Besar dari tiket korang selalu beli. Siap ada gambar lagi. Dan untuk pengetahuan korang lagi, tue juga adalah poster untuk filem nie.

          Filem nie berkisar kat Los Angeles sebab tajuk dia pon ada Los Angeles. Siapa yang menceroboh? Macam filem Skyline tapi cerita ni tak bongok macam Skyline tue. Filem ni berbaloi la untuk korang tengok. Sangat tak rugi jika dibandingkan dengan Haq-tuih. Bak kata shafiq, korang tengok cerita ni dapat tarik nafas kejap-kejap jer. Tu pon putus-putus macam orang nazak. Ok aku tipu jer. Tambah sendiri.

   

   

   

           Antara babak yang ada dalam filem ni. Jadi dah tau la kan pencerobohan dilakukan oleh alien yang ala-ala tranformers. Tapi apa yang diorang nak? tak kan la datang tiba-tiba suka suki je kan. Jadi sebab tue la kawan aku shafiq tue cakap amik nafas kejap-kejap (tapi aku rasa dia sorang je kot..aku normal jerk).

          So, aku cadangkan sapa yang minat cerita aksi macam predator, transformer dan yang sekutu boleh lah pergi tengok. aku leh bagi 4.55 / 5 bintang untuk cerita nie. Jalan cerita mantap. Grafik lawa. Dipenuhi aksi yang hampir ke 80% dari keseluruhan cerita. So yang minat cerita jiwang ala-ala lagenda budak setan tu, tak payah tengok. Sebab tak ada Farid Kamil or pelakon Korea yang nak jiwang karat dalam filem nie k. Dan sila klik untuk tengok trailer Battle Los Angeles.




        Gambar yang saja aku nak tambahkan kejelesan pada korang yang tak ikut aku tengak tayangan perdana. Aku berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang winner prize dikalangan puluhan or ratusan blogger bertuah. Ngeh3. Singlet Faster tue hadiah yang aku tuntut untuk filem yang dah berzaman tu. Yang lampu suluh + mini screw driver tue aku dapat untuk tayangan semalam. Limited Edition kot. So..selamat menjeleskan diri anda. Ngeh3

Tuesday, March 1, 2011

Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles!

Mangga Ad datang lagi. Contest yang membuatkan aku semangat balik nak menggunakan jari untuk meriahkan balik blog ni. Apa Mangga Ad? Mangga Ad tu lebih kurang macam Nuffnang juga. Nampak tak belah kanan atas blog aku? Itu la dia Mangga Ad punya iklan. Huhu .. Ok stop. Aku tulis sebab nak menang tiket ni. Jadi kena fokus.


World Invasion : Battle Los Angeles
Bahasa : Inggeris
Genre : Aksi
Pelakon : Aaron Eckhart, Michelle Rodriguez, Roman Rodriguez, Bridget Moynahan, Ne-Yo, Michael Pena
Pengarah : Jonthan Liebesman

Empat tahun, terdapat pelbagai dokumentasi dikeluarkan mengenai penemuan UFO di serta dunia seperti France, German dan juga China. Akan tetapi, pada tahun 2011, apa yang ditemukan dahulu hanya mampu dijadikan rujukan kerana pada ketika itu dunia diserang oleh satu kumpulan kuasa yang tidak dikenali dan pada ketika itu Los Angeles telah menjadi tumpuan terakhir untuk pertempuran tersebut.

         World Invasion : Battle Los Angeles juga mengisahkan tentang sarjan Marine ( Aaron Eckhart) bersama planton barunya dalam misi menenrang kuasa luar tersebut. Filem ini telah digambarkan orang ramai seolah "Black Hawk Down ketika mahukan Hari Kemerdekaan".

So, dengan ini aku juga telah mencari trailer yang sesuai untuk movie ini. Saksikanlah.


Selamat menonton!!