Pengodeng

selamat datang


Wednesday, March 23, 2011

Suatu hari yang memalukan aku

ZzzZZZZzz.. sebelum dapat pembuka bicara ni, aku da write and erase, psát a mazat, लिखने और मिटा dan juga écrire et effacer. Kesemua benda tue membawa maksud TULIS dan PADAM. Tengok .. berapa banyak bahasa yang aku tau. Korang ada? Ngeh3.. So amacam dengan madah pengenalan yang aku dapat ni? Ok tak??

        Korang pernah tak melalui detik-detik, saat-saat dan juga waktu-waktu yang memalukan? Pasti korang terasa masa tu berputar sangat lambat. Macam mana kalau jam yang korang tengok tu banyak sangat nombor dan berbelit-belit? Lagi la korang hanginkan?

Hangin tak? Haha
        Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku pada korang, aku syorkan kalau pergi makan tu check dulu dompet korang. Bukan check dompet tu korang tinggal ke tak, tapi pastikan korang bawak duit yang mencukupi dan setanding dengan tempat korang pergi makan. Takkan bawak RM 10 nak pergi makan kat Popeye pulakkan? 

         Kes aku bermula apabila Orang Sebelah ajak aku makan Rasamas. Ye la kupon promosi Rasamas berlambak lagi. Jadi nak habiskan la kononnya. Dengan bangganya kitorang order macam-macam. Sampai nak suruh pekerja dia belikan kentang putar KFC dengan air beer A&E bawak bagi kitorang makan. Direct kena sound " Sini bukan kedai mamak dengan astro, macam-macam ada, kalau tak ada pon diorang cakap dah abis". Ngeh3...

Ada ke kedai makan macam ni? Nak satu...
           Abis je makan pergi kaunter nak bayar. Pada yang tak tahu Rasamas punya sistem eat 1st pay later (sebab tue order macam-macam.. tak tahu harga kena bayar). Datang kat kaunter elok pulak awek tu cakap RM39.20 .. Eh eh minah ni, mana dia tau kitorang nak bayar ntah. Kalau baru nak order tak ke malu dia. Dan aku rasa sebab tue la kot aku ditimpa musibah. Musibah yang akan aku kenang sampai bila-bila. Orang Sebelah keluarkan RM 20 dan aku keluarkan RM 15. 

Dammnnnn!!!!

          Tak cukup lagi RM 5. Aku seluk-seluk poket dan yesss... Jumpa 2 kupang. Shittt... Baru je nak lari cakap nak cucuk duit. Aku pusing je Orang Sebelah dah gerak dulu sampai depan pintu Rasamas dengan muka selamba cakap "aku g cucuk duit dulu.. ko borak la apa patut"  Dammnnn.. Nasib baik aku naik kereta ko. Kalau tak dah lama aku suh jalan kaki.


         10 minit bagai 10 dekad lamanya. Orang Sebelah tak sampai lagi. Aku dah letih ain nyorok-nyorok dengan awek kaunter tue. Telinga, muka, hidung semua dah berasap. Malu sehhh... Mesti dia cakap "muka hensem tapi tak da duit". Sebab lambat sangat Orang Sebelah yang cuba kenakan aku so aku pon buat-buat la check sekali lagi dompet. Mana tau tiba-tiba ada duitkan.

         Seperti yang diharapkan. Ntah bila aku ada duit pon aku tak tahu. Tersselit celah kad kredit yang berlambak (ok aku tipu) duit RM 150. Perghhh... Terbaik dari ladang. Malu kerana ada duit. Kan best kalau duit tu magnet. Cari besi yang ada letak dompet rapat-rapat. Kalau ada daya tarikan akibat caj +tive dan -tive maknanya ada duit la kan? Haha..

 

         Sekali lagi aku disound "pandai ye main nyorok-nyorok, patutlah main nyorok tadi saya tak jumpa rujuk perenggan atas. Nie mesti pandai sorok rahsia nie"

Eh minah ni, aku tak bayar kang baru ko tau. Kena potong gaji. Ada ke perli aku macam tue. Pas je bayar aku keluar dengan laju-laju dan nampak si Orang Sebelah baru nak datang kat aku? Oit..ko g cucuk duit ke cop duit? Hasilnya, aku suh dia jadi driver aku hantar sampai kat bilik. Ngeh3..

        Lepas ni tobat dah tak nak makan kat Rasamas Warta. Malu beb. Malu... Mana nak letak muka yang hensem ni. Ce citer..  
         


3 comments:

mykhalis said...

hahah..damn.. mmg tak bley bla.. mjur lagi rm5 tak cukp..bahaya tol makan tempat mahal2 nie..mmg kene cek dompit sokmo la jawabnye

hottest entry di blog khalis :
Transformers real di China

Rakaman sedetik sebelum Tsunami

Gambar miera liyana kini sopan

Miss Zuried said...

hahahaa.. padan muka...

[ sHarpEx ] said...

PADAN MUKA!

tulaa. len kali ajak aku. haha. tapi kalau ko ajak pun, aku bkn nak p. lalalalala.