Pengodeng

selamat datang


Tuesday, March 15, 2011

World Invasion : Battle Los Angeles | my review

Filem tayangan perdana ke 2 yang pernah aku tengok. 1st filem faster yang The Rock act tue. Boleh rujuk balik post tersebut ok. Apa-apa pon thanx kepada Mangga Ads kerana bagi aku tiket pra tonton tue erk. Kepada shafiq, yonN dan encik taufik.. silalah beralih ke Mangga Ads untuk banyak lagi filem. Ngeh3. patut Mangga Ads bagi aku point lebih nie.

         14/3/2011 tarikh keramat tayangan tersebut. Jadi kawan lain jangan jeles sangat la sebab korang paling awal pon tengok tayangan pertama 17/3/2011 nanti. Tu pon kalau la kan. Ngeh3 ..



          Pada yang tak tahu, tiket tayangan perdana pihak Mangga Ads macam tue la bentuknya. Besar dari tiket korang selalu beli. Siap ada gambar lagi. Dan untuk pengetahuan korang lagi, tue juga adalah poster untuk filem nie.

          Filem nie berkisar kat Los Angeles sebab tajuk dia pon ada Los Angeles. Siapa yang menceroboh? Macam filem Skyline tapi cerita ni tak bongok macam Skyline tue. Filem ni berbaloi la untuk korang tengok. Sangat tak rugi jika dibandingkan dengan Haq-tuih. Bak kata shafiq, korang tengok cerita ni dapat tarik nafas kejap-kejap jer. Tu pon putus-putus macam orang nazak. Ok aku tipu jer. Tambah sendiri.

   

   

   

           Antara babak yang ada dalam filem ni. Jadi dah tau la kan pencerobohan dilakukan oleh alien yang ala-ala tranformers. Tapi apa yang diorang nak? tak kan la datang tiba-tiba suka suki je kan. Jadi sebab tue la kawan aku shafiq tue cakap amik nafas kejap-kejap (tapi aku rasa dia sorang je kot..aku normal jerk).

          So, aku cadangkan sapa yang minat cerita aksi macam predator, transformer dan yang sekutu boleh lah pergi tengok. aku leh bagi 4.55 / 5 bintang untuk cerita nie. Jalan cerita mantap. Grafik lawa. Dipenuhi aksi yang hampir ke 80% dari keseluruhan cerita. So yang minat cerita jiwang ala-ala lagenda budak setan tu, tak payah tengok. Sebab tak ada Farid Kamil or pelakon Korea yang nak jiwang karat dalam filem nie k. Dan sila klik untuk tengok trailer Battle Los Angeles.




        Gambar yang saja aku nak tambahkan kejelesan pada korang yang tak ikut aku tengak tayangan perdana. Aku berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang winner prize dikalangan puluhan or ratusan blogger bertuah. Ngeh3. Singlet Faster tue hadiah yang aku tuntut untuk filem yang dah berzaman tu. Yang lampu suluh + mini screw driver tue aku dapat untuk tayangan semalam. Limited Edition kot. So..selamat menjeleskan diri anda. Ngeh3

3 comments:

[ sHarpEx ] said...

wawawah. cerita ni memang syok kot! terbaek laa!

Ash said...

memang best filem ni. hehe.Klik sini untuk review gua untuk filem Battle Los Angeles nih. (takde spoiler)

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/03/review-battle-los-angeles.html

review aku di sini....