Pengodeng

selamat datang


Friday, April 22, 2011

Maharaja Lawak Terbaik tapi Bukan Semuanya

Hari ni dah masuk minggu ke 4 maharaja lawak. Tiga peserta dah pun tersingkir walaupun aku rasa yang tak patut tersingkir tapi tersingkir dan yang memang sangat-sangat patut tersingkir tak juga tersingkir. Tahniah aku ucapkan kepada pengundi yang sangat "adil" dalam mengundi bakat-bakat yang ada di Malaysia tanah tumpah darahku.

        Tapi untuk pengetahuan korang semua, aku merupakan seorang yang suka mengkritik orang yang mengundi secara "berkhemah" tapi aku tidak pernah sama sekali membazirkan duit aku untuk mengundi peserta-peserta realiti ni. Ce citer kenapa aku harus mengeluarkan duit untuk undi diorang? Bukankah lebih baik aku gunakan duit itu untuk berkarok  dan bermain playstation 3 di kedai-kedai terpilih bersama orang sebelah dan rakan aku yang lain. Tak pun guna duit tu untuk mengayat aweks kelas sebelahkan. Owh ok. Aku tipu sebab aku tak berani nak tegur perempuan sebarangan.

        Setiap orang mesti ada feberet yang tersendiri dan aku tahu ramai yang meminati JoZan kerana diorang punya lawak yang sememangnya A, identiti mereka dan juga kerana mereka sememangnya sangat popular sebelum masuk maharaja lawak serta kurangnya kontroversi. Dah macam karangan esei masa exam plak. Im sorry .. Baru je lepas exam semalam. Itu yang terikut lagi fly dia tu. Akan tetapi, itu bukan lah feberet den. Den tak boleh nak bongak ngen korang. Jadi ni eden nak cito kat korang sapo ha feberet den ni.


 Ha .. Ni la mamat yang aku sokong sejak dari dulu lagi. Kontroversi tak kontroversi. Ni kan rancangan realiti. Ketepikan semua tu. Yang penting dia ni lawak dan kreatif. Dari minggu pertama sampai ketiga buat lawak tak lari dengan topik pekerjaan. Sama je la macam kat raja lawak dulu. Korang  jangan nak bangkang la. Memang dia ni kretif budaknya. Jadi aku nak tengok dia ni yang menang la. Nak aku undi? tak dapat nak tolong eh.. Korang tolong undikan boleh?


 Mamat dua orang ni plak my 2nd choice. Gabungan yang mantap. Amat serasi dan tersangat bertuah mereka ni wujud dalam generasi yang sama. Lepas SENTAP dengan komen dari mamat khalid dia diorang terus buat lawak yang memang klas. Tapi apa-apa hal sebab korang berdua so duduk je la kat nombor dua erk. Huhu .. Mesti ramai penyokong JoZan marah kat aku ni.


 Ini pun memang lah feberet aku. Nak je letak jadi pilihan nombor dua tapi dah ternyata memang mereka adalah yang ketiga terbaik di maharaja lawak. Kalau Nabil memang peserta solo terbaik, JoZan plak beregu yang mantap tapi mereka adalah trio yang sangat sewel. Agak korang macam mana la kalau feberet  pertama, kedua dan yang ketiga ni berlawak bersama atas satu rancangan. Mesti terbaikkan. Harap diorang  ni tak berpecah macam group pelawak yang lain. 

         Dan andaikata maharaja lawak menuntut lima peserta untuk masuk final, aku akan pilih dua peserta ni sebagai peserta yang bertuah. Tapi tak tahu sapa yang patut dapat nombor 4 atau 5. Korang  agak antara mereka sapa yang layak?  

        

 Mereka diatas memang antara yang menjadi tumpuan aku ketika menonton maharaja lawak. Satu junior satu senior. Satu dengan legend dan cute & satu lagi dengan lawak double meaning mereka. Double meaning tu apa? Ce tanya kamu punya kawan. Kalau tak tahu juga tanyalah parent-parent kamu. Nescaya kamu akan disindir dan yang tak cukup umur akan ada cop kaki kat muka. Ngeh3 ..

         So pesanan terakhir daripada aku kepada mereka yang tersangat rajin mengundi, tolonglah undi mereka dengan betul. Selamatkanlah bakat yang sepatutnya boleh bertahan lama dan boleh menimba lebih banyak ilmu kerana di sana mereka semua peserta akan dibimbing. Pada yang masuk entry nie sebab nak link untuk download maharaja lawak boleh je try  google sampai dapat. Jadi, selamat mengoogle!!!